Accessibility Tools

merdeka 2026 web.jpg
5bintangweb.png
scanuntukdaftar.png
7bidangteknologiuntukdipilih.png
HARIBERTEMUPELANGGAN20261.png
kawalstress.png
previous arrow
next arrow

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H

MADANI Dihayati, Ummah Diberkati
 
Semoga penghayatan terhadap sirah, akhlak dan kepimpinan Rasulullah SAW terus menjadi inspirasi dalam membentuk insan berilmu, berkemahiran dan berintegriti serta memperkukuh budaya kecemerlangan dalam pendidikan dan latihan TVET.
 
Marilah kita bersama-sama meneladani nilai amanah, ihsan, disiplin dan kecemerlangan dalam melaksanakan setiap tanggungjawab demi memberi manfaat kepada agama, masyarakat dan negara.
 
“Meneladani Rasulullah SAW, Membina Insan Berkemahiran, Memacu Kecemerlangan.”
 
Salam Maulidur Rasul 1448H daripada
Seluruh Warga ADTEC JTM Kampus Tangkak
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Lawatan Ilmiah Ke Bazar Buku Antarabangsa Johor (BBAJ) 2026

24 Ogos 2026 - Inisiatif pemerkasaan ilmu diteruskan! warga kampus ADTEC Tangkak telah meluangkan masa memeriahkan sesi lawatan ke Bazar Buku Antarabangsa Johor (BBAJ) 2026 di Paradigm Mall, Johor Bahru.
 
Tahniah kepada Bahagian Pusat Sumber dan Multimedia (BPSM) ADTEC Tangkak atas penganjuran program yang sangat bermanfaat ini dalam usaha menyemarakkan lagi budaya membaca dalam kalangan warga kampus.
 
Bagi anda yang belum berkunjung, jangan lepaskan peluang ke BBAJ 2026 yang sedang berlangsung dari 21 hingga 25 Ogos 2026. Pelbagai bahan bacaan menarik menanti anda di sana!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

ADTEC Tangkak Johan Keseluruhan Dalam Karnival Sukan TVET Zon Johor Utara 2026

TAHNIAH DAN SYABAS!!
 
22 Ogos 2026 - Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh kontinjen ADTEC JTM Kampus Tangkak atas kejayaan cemerlang merangkul 3 Pingat Emas dan 1 Pingat Gangsa bagi 5 acara yang disertai dan seterusnya dinobatkan Johan Keseluruhan di Karnival Sukan TVET Zon Johor Utara yang telah berlangsung dengan jayanya di IKTBN Pagoh.
 
Pingat Emas:
• Acara Ping Pong
• Acara Dart
• Acara Carrom
 
Pingat Gangsa:
• Acara Badminton
 
Semangat juang, dedikasi, dan komitmen tinggi yang anda pamerkan sepanjang kejohanan ini bukan sahaja mengharumkan nama institusi, malah menjadi inspirasi kepada seluruh warga kampus.
 
Teruskan kecemerlangan, bukan sahaja di gelanggang sukan tetapi juga dalam bidang kemahiran!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Pertandingan Nasyid Sempena Sambutan Maulidur Rasul

21 Ogos 2026 - Pertandingan Nasyid Sempena Sambutan Maulidur Rasul anjuran bersama Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ADTEC JTM Kampus Tangkak. Pertandingan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila semua bengkel mengambil bahagian dengan penuh semangat dan komitmen.
 
Pelbagai persembahan nasyid yang menarik telah dipersembahkan, bukan sahaja menyerlahkan bakat dan kreativiti para pelajar, malah turut menyemarakkan rasa kecintaan dan kerinduan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
 
Program seperti ini diharapkan dapat menjadi wadah untuk menyemai dan memperkukuhkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW, menghayati sirah serta akhlak Baginda, dan seterusnya menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh dan teladan dalam kehidupan seharian.
 
Semoga pertandingan ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan penyertaan yang lebih meriah serta menjadi salah satu platform untuk mencungkil bakat pelajar dalam bidang seni dan kerohanian.
 
Tahniah dan syabas kepada semua peserta serta semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab untuk terus menyuburkan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI.jpeg
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI.jpeg
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan