26 Januari 2026 - ADTEC JTM Kampus Tangkak telah menyertai program anjuran Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerusi Sesi Libat Urus Dasar Perburuhan Tahun 2026 Zon Selatan yang telah berlangsung di Hotel Opero, Southkey, Johor Bahru.
Penyertaan ini bertujuan sebagai platform untuk mendapatkan pandangan serta maklum balas daripada para pemegang taruh berkaitan agenda reformasi perburuhan negara, khususnya dalam usaha memperkukuh dasar dan perundangan buruh yang lebih mampan dan relevan dengan keperluan semasa.
Sesi libat urus ini selari dengan aspirasi Malaysia MADANI, terutamanya menerusi teras Kesejahteraan, Keadilan Sosial, Keberdayaan serta Tadbir Urus Baik, bagi memastikan dasar perburuhan yang digubal bersifat inklusif, seimbang dan berorientasikan rakyat.
ADTEC JTM Kampus Tangkak telah diwakili oleh:
1. En. Ahmad Jefri Bin Sabri – Pengarah
2. Cik Siti Normaya Binti Bilmas – Timbalan Pengarah Pengurusan Operasi
3. En. Noor Hadi Bin Misran – Penolong Pengarah CESS
4. Tc. Shakila Binti Zainal – Pegawai CESS
5. Ts. Hj. Zamry Bin Hj. Zakaria – Pegawai CESS
Penyertaan ini turut bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kefahaman berkaitan Akta Pekerja Gig 2025, sejajar dengan peranan ADTEC dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang berdaya saing dan bersedia menghadapi perubahan landskap pekerjaan negara.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
