Accessibility Tools

Melestari Kualiti, Memperkasa Kompetensi: Bengkel COPTPA dan Pembangunan Portfolio Sesi 1/2026

21 Januari 2026 - Telah berlangsung dengan jayanya Bengkel COPTPA dan Pembangunan Portfolio Sesi 1/2026 yang disampaikan oleh Mohd Khairul Nizam Bin Ab.Ghani, Penolong Pengarah Bahagian Kawalan Kualiti Latihan (BKKL) ADTEC JTM Kampus Tangkak . Program intensif ini telah dihadiri secara komited oleh semua pensyarah ADTEC JTM Kampus Tangkak.
 
Sesi kali ini bukan sekadar memenuhi tuntutan dokumentasi, malah berfungsi sebagai wadah perkongsian ilmu dalam memastikan setiap portfolio yang dibangunkan mencerminkan standard kecemerlangan akademik yang tertinggi. Fokus utama diberikan kepada ketepatan naratif kualiti dan penyelarasan eviden yang berimpak.
 
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta atas kerjasama dan semangat proaktif yang ditunjukkan sepanjang sesi berlangsung.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
 

Related Articles