Accessibility Tools

Program Keagamaan | Ceramah - Peristiwa yang Berlaku pada Bulan Syaaban

27 Januari 2026 - Alhamdulillah, ADTEC JTM Kampus Tangkak telah berjaya menganjurkan satu ceramah keagamaan bertajuk “Peristiwa yang Berlaku pada Bulan Syaaban” sebagai pengisian rohani dan persediaan menjelang bulan Ramadan.
 
Ceramah ini memberi pendedahan kepada para pelajar dan warga kampus mengenai peristiwa-peristiwa penting dalam bulan Syaaban serta hikmah dan pengajaran yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan seharian. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan berlangsung dalam suasana penuh penghayatan.
 
Semoga ilmu yang dikongsikan memberi manfaat dan meningkatkan keimanan kita semua.
 
Moga Syaaban menjadi medan persediaan terbaik menuju Ramadan.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles