Accessibility Tools

ADTEC JTM Kampus Tangkak Sambut Hari Sukan Negara 2025

Tangkak, 31 Oktober 2025 - Semangat kesukanan membara di ADTEC JTM Kampus Tangkak sempena sambutan Hari Sukan Negara!
 
Seluruh warga kampus termasuk kakitangan, pelajar, dan pekerja perkhidmatan kontrak telah berkumpul bagi memeriahkan program tahunan ini dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan menyihatkan.
 
Acara kemuncak hari ini adalah perlawanan lari berganti-ganti yang sangat sengit dan mencabar!
 
Kategori Kakitangan menyaksikan persaingan hebat yang melibatkan semua bengkel, bahagian pentadbiran, dan pasukan pekerja keselamatan. Tahniah kepada semua yang mengambil bahagian dengan penuh semangat kesukanan!
 
Kategori Pelajar pula mempamerkan bakat dan keazaman generasi muda ADTEC Tangkak.
 
Program ini telah disempurnakan dengan Majlis Perasmian oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Tangkak, yang turut menekankan kepentingan gaya hidup sihat dan perpaduan melalui sukan.
 
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan Hari Sukan Negara pada tahun ini! Ayuh, jadikan sukan sebagai budaya hidup kita!
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles