29 Oktober 2025 - Seramai 19 orang pelajar Teknologi Mekatronik menyertai lawatan industri ke KMB 5MWP Solar Farm, Melaka sebagai pendedahan secara langsung mengenai operasi, penyelenggaraan, dan integrasi sistem solar berskala besar yang mana ia relevan dengan aplikasi Mekatronik dalam bidang Tenaga Boleh Baharu.
Lawatan yang diiringi oleh 4 orang tenaga pengajar adalah platform bagi menghubungkan teori bilik kuliah bagi mengukuhkan kefahaman dalam subjek 'Industrial Exposure' dengan aplikasi sebenar sistem kawalan, sensor, dan automasi yang digunakan dalam operasi ladang solar, sekaligus melahirkan graduan TVET yang lebih bersedia mendepani industri.
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
