Accessibility Tools

Kursus Kepimpinan MPP 2026

7-9 November 2025 - 24 orang pelajar dari 7 bengkel yang telah memenangi undi di dalam pilihanraya kampus yang telah dijalankan pada 29 Oktober 2025 berjaya menamatkan sesi Kursus Kepimpinan MPP 2026 yang bertujuan membangunkan potensi yang dimiliki pelajar melalui modul yang telah disusun kemas dan lengkap oleh jurulatih yang didatangkan khas dari Vision Consultant.
 
Objektif kursus adalah untuk membangunkan barisan Majlis Perwakilan Pelajar bagi tahun 2026 yang mempunyai ilmu dalam kepimpinan, ilmu sahsiah,jati diri serta memahami integriti di dalam kepimpinan.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles