Accessibility Tools

Kepakaran Tenaga Pengajar ADTEC JTM Kampus Tangkak Diperlukan Bagi Pemurnian Set Soalan Peperiksaan Akhir JTM

3-5 Oktober 2025 - Tahniah diucapkan kepada 5 orang tenaga pengajar ADTEC JTM Kampus Tangkak yang telah diberi kepercayaan untuk menyertai Mesyuarat Kerja Pemurnian Dan Validasi Set Soalan Peperiksaan Akhir Bagi Program Berasaskan Code Of Practice For Tvet Programme Accreditation untuk Peperiksaan JTM Sesi 2/2025 di Hotel Dorsett Grand Subang.
 
Penglibatan ini adalah pengiktirafan jelas terhadap kepakaran dan profesionalisme tinggi yang dimiliki oleh para pengajar kami dalam bidang TVET.
 
Mesyuarat penting ini telah dirasmikan oleh Ts. Abd Halim bin Ali Mohammed (Pengarah Pembangunan Kemahiran) JTM.
 
Pengajar Pakar yang Terlibat (Mengikut Bidang Kepakaran):
Ts Dr Saiful Din Bin Sabdin – Sijil Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak Dan Gas)
En Johari Bin Abdul Hamid – Sijil Teknologi Kimpalan
Pn Hanita Binti Taib – Sijil Teknologi Pembuatan Mould
Tn. Hj Sharul Suhaizad Bin Samaan – Sijil Teknologi Pembuatan Mould
Tn. Hj. Zamry Bin Zakaria – Sijil Teknologi Mekatronik
 
Tahniah atas pengiktirafan kepakaran anda! Usaha anda memastikan kualiti dan integriti penilaian pelajar JTM sentiasa terjamin.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles