Accessibility Tools

Tenaga Pengajar ADTEC JTM Kampus Tangkak Cemerlang di Kolokium Pengajar TVET Madani 2025

21 Oktober 2025 - TAHNIAH!!
ADTEC JTM Kampus Tangkak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan rasa bangga kepada Tn. Hj. Zamry bin Zakaria, Tenaga Pengajar ADTEC JTM Kampus Tangkak, atas pembentangan yang berjaya di Kolokium Pengajar TVET Madani 2025!
 
Kolokium yang julung kalinya diadakan ini merupakan penutup kepada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) dan telah berlangsung pada 21 Oktober 2025 di Zenith Hotel, Putrajaya.
 
Program anjuran CIAST ini telah dirasmikan oleh Ts. Zuleah binti Darsong, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, dan menghimpunkan 18 pembentang terpilih daripada pelbagai inisiatif utama TVET seperti:
• Program TVET Fellowship
• New Emerging Technology (NET)
• Latihan Sangkutan Industri (LSI)
• Upskilling Pengajar TVET
 
Turut dikongsi adalah pengalaman berharga daripada kursus Artificial Intelligence (AI) di Jepun serta lawatan penanda aras metodologi pengajaran di Finland.
 
Pencapaian ini membuktikan komitmen berterusan tenaga pengajar JTM dalam memperkasa bidang TVET melalui perkongsian ilmu dan pengalaman terbaik di peringkat kebangsaan.
 
Semoga usaha ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga ADTEC JTM Kampus Tangkak!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles