1 April 2026 - Bagi menyokong usaha membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga ADTEC JTM Kampus Tangkak, Jawatankuasa Environmental, Social and Governance (ESG) kampus telah meneruskan penganjuran Aktiviti Jom Brisk Walk sebagai sebahagian daripada inisiatif aktiviti mingguan warga kampus.
Program ini bukan sahaja memupuk kecergasan fizikal, malah mengeratkan hubungan silaturahim dalam suasana yang harmoni dan positif.
“Jom Sihat, Jom Aktif!”
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
