1 April 2026 - Delegasi JPPM diketuai oleh Encik Aminuddin bin Ab Rahaman (Mantan Ketua Pengarah JPPM) bersama Encik Shahril Azhar bin Surat dan Encik Mohd Faiz bin Mohd Zahari dilaksanakan bertujuan membincangkan kolaborasi strategik bagi pelaksanaan program Kampung Angkat Madani (KAM) JPPM 2026.
Pertemuan ini menjadi platform utama untuk menyelaraskan gerak kerja projek Kampung Angkat Madani (KAM) antara JPPM dan Kampus Tangkak. Bagi tahun 2026, Kampung Serom 3, Tangkak telah dipilih sebagai lokasi pelaksanaan program tersebut.
Antara intipati utama perbincangan termasuklah:
• Kerjasama Strategik: Membina sinergi antara agensi kerajaan dalam membangunkan komuniti setempat.
• Pemindahan Kepakaran: Mengenal pasti bidang teknikal dan kemahiran pakar di Kampus Tangkak yang boleh diaplikasikan untuk pembangunan infrastruktur atau modal insan di Kampung Serom 3.
• Kelestarian Projek: Memastikan inisiatif yang dirancang memberi impak jangka panjang kepada penduduk kampung.
Pengurusan Kampus Tangkak menzahirkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan oleh JPPM. Sebagai tindakan susulan, satu perbincangan teknikal yang lebih terperinci akan diadakan bagi memperhalusi skop tugasan dan garis masa pelaksanaan projek agar matlamat Kampung Angkat Madani dapat dicapai dengan jayanya.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
