Sorotan eksklusif sepanjang Program Jelajah Promosi Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak yang telah berlangsung pada 31 Mac 2026 dengan penuh komitmen dan dedikasi, bersempena Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM 2025.
Seramai 29 orang pegawai telah digerakkan ke 15 buah sekolah sekitar Muar, Tangkak, Segamat, Batu Pahat dan Melaka secara bersepadu bagi memastikan kelancaran setiap aktiviti, sekali gus mencerminkan semangat kerjasama, profesionalisme dan kesungguhan dalam menyampaikan maklumat serta peluang pendidikan kepada masyarakat.
Inisiatif ini turut menjadi platform penting dalam memberi pendedahan kepada para lepasan SPM mengenai laluan pendidikan dan latihan kemahiran yang ditawarkan di ADTEC JTM Kampus Tangkak.
Terima kasih atas sokongan dan penglibatan semua pihak dalam menjayakan program ini!
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
