9 Mac 2026 - Semangat kesukarelawanan dan kelestarian terus diperkasa!
Sepanjang bulan Ramadan ini, ADTEC JTM Kampus Tangkak melalui Pasukan ESG dengan kerjasama Pertubuhan Hayati Alam, Majlis Daerah Tangkak telah menjayakan program Green Ramadan 2026 di Pusat Kitar Semula Sagil, Tangkak.
Mengangkat semangat kolaborasi merentas institusi, program ini turut dijayakan bersama barisan tenaga pengajar dan pelajar sukarelawan Kolej Komuniti Pagoh. Kehadiran mereka selaku rakan strategik TVET mempertegas kepentingan perkongsian kepakaran dalam memastikan kecemerlangan pelaksanaan program.
Melalui penglibatan aktif sukarelawan pelajar (MPP & PRS) yang diketuai oleh Puan Noorashikin binti Saari, proses pengasingan sumbangan pakaian daripada kakitangan kampus telah berjalan dengan lancar. Kerjasama teknikal bersama Dr. Hayati binti Salleh (Pengerusi Akademi Hayati Alam) memastikan setiap item sumbangan diuruskan secara sistematik sebelum diserahkan kepada penerima manfaat.
Program ini bukan sekadar aktiviti kebajikan, malah merupakan manifestasi komitmen kami terhadap agenda ESG (Environmental, Social, and Governance) dalam membentuk komuniti yang lebih prihatin dan lestari.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
