TANGKAK, 18 Mac 2026 β Kolej Teknologi Termaju (ADTEC) Tangkak terus komited dalam memperkukuh ekosistem pembelajaran melalui kolaborasi strategik bersama pihak industri.
Β
Satu sesi Lawatan Industri dan Perbincangan Kerjasama telah diadakan bersama pihak Eurojaya Precision Sdn Bhd. ADTEC Tangkak diwakilii oleh Ts. Haji Zamry bin Zakaria, bersama wakil pengurusan tertinggi syarikat, Mdm. Jessica Tan C K (General Manager).
Β
Perbincangan dua hala ini memfokuskan kepada inisiatif memperkasakan graduan dan tenaga pakar melalui:
β’ Penempatan Latihan Industri (LI): Membuka peluang kepada pelajar ADTEC untuk menimba pengalaman praktikal di persekitaran industri sebenar.
β’ Program Perkongsian Kepakaran: Pertukaran ilmu antara pakar industri dan tenaga pengajar bagi memastikan silibus sentiasa relevan dengan teknologi terkini.
β’ Kursus Kerjasama Teknikal: Penganjuran kursus-kursus jangka pendek dan latihan kemahiran yang melibatkan penyertaan aktif industri, pengajar, serta pelajar.
Β
Sebagai susulan kepada pertemuan produktif ini, pihak ADTEC Tangkak dengan sukacitanya telah menjemput pasukan Eurojaya Precision Sdn Bhd untuk mengadakan lawatan balas ke kampus kami. Lawatan tersebut bertujuan untuk meninjau fasiliti, peralatan moden, dan keupayaan mesin di ADTEC bagi merangka pelan kerjasama yang lebih teknikal dan holistik.
Β
Terima kasih Eurojaya Precision Sdn Bhd atas sambutan yang amat baik. Semoga kerjasama ini memacu kecemerlangan TVET negara!
Β
βJom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkakβ
βADTEC Tangkak Bestari Dalam Tamanβ
"Empowering Skills, Igniting Futures"
βMemperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapanβ
Β
