5 Februari 2026 - ADTEC Tangkak terus komited dalam memperluas jaringan kerjasama industri menerusi sesi lawatan daripada pihak Kyosei Seimitsu Manufacturing Sdn Bhd, Batu Berendam, Melaka.
Fokus utama perbincangan tertumpu kepada pemerkasaan latihan praktikal pelajar serta penyediaan modul latihan teknikal yang dinamik buat tenaga kerja industri melalui program pembangunan kompetensi (Up-skilling & Re-skilling).
Inisiatif ini merupakan langkah proaktif dalam merapatkan jurang kemahiran demi memenuhi tuntutan pasaran kerja semasa selain berfungsi sebagai platform perkongsian kepakaran teknologi bagi meningkatkan tahap profesionalisme pekerja di bawah seliaan kedua-dua pihak.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
