4 Februari 2026 - ADTEC JTM Kampus Tangkak berbesar hati menerima kunjungan lawatan penanda aras daripada Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin, Alor Gajah, Melaka.
Fokus utama delegasi adalah untuk meneroka sinergi serta bertukar perspektif mengenai pelaksanaan Program Teknologi Pemesinan Industri, khususnya dalam memantapkan pelaksanaan kurikulum berasaskan COPTPA SVM/SKM.
Semoga input yang dikongsikan memberikan nilai tambah yang signifikan dalam memperkukuh ekosistem pendidikan kemahiran serta pemangkin kepada kecemerlangan sistem pentauliahan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di institusi masing-masing.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
