Accessibility Tools

Kursus Precious Metal Works Mastery: Plasma Cutting & NDT Inspection For Industrial Quality Assurance

3 – 5 Februari 2026 - ADTEC JTM Kampus Tangkak telah berjaya menganjurkan kursus Precious Metal Works Mastery: Plasma Cutting & NDT Inspection For Industrial Quality Assurance.
 
Program ini merupakan inisiatif strategik institusi dalam memperkasakan kompetensi teknikal serta memantapkan kualiti pengajaran dalam kalangan tenaga pengajar selari dengan piawaian industri terkini.
 
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Ts. Nurazmi bin Redzuan di atas perkongsian kepakaran yang amat berharga.
 
Adalah diharapkan agar kolaborasi strategik antara ADTEC JTM Kampus Tangkak dan PROWELD Sdn Bhd ini akan terus diperkukuh demi kecemerlangan modal insan di masa hadapan.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles