Accessibility Tools

Program Keagamaan - Uji Minda Bulan Rejab dan Syaaban

3 Februari 2026 - Alhamdulillah, Uji Minda Bulan Rejab dan Syaaban telah berjaya dilaksanakan melibatkan pelajar ADTEC JTM Kampus Tangkak.
 
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pelajar berkaitan keistimewaan, peristiwa penting serta amalan yang dianjurkan dalam bulan Rejab dan Syaaban, di samping menyemai minat terhadap ilmu agama secara santai dan interaktif.
 
Sepanjang program berlangsung, para pelajar menunjukkan komitmen dan penglibatan yang sangat memberangsangkan. Soalan kuiz yang disediakan merangkumi aras rendah hingga aras tinggi, sekali gus mencabar minda dan menguji pengetahuan peserta dengan cara yang menyeronokkan.
 
Diharapkan program seperti ini dapat:
✅ Menambah ilmu dan kesedaran agama
✅ Menjadi persediaan awal menuju bulan Ramadan
✅ Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi kemahiran teknikal dan rohani
 
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.
 
Semoga usaha kecil ini mendapat keberkatan dan memberi manfaat kepada semua.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles