Accessibility Tools

Mesyuarat Kerja Pembangunan Modul Kursus Profesionalisme Pengajar TVET di CIAST Shah Alam

4-5 Februari 2026 || Memacu Kecemerlangan TVET: Perkongsian Kepakaran ADTEC JTM Kampus Tangkak
 
ADTEC Tangkak Terus Melangkah ke Hadapan!
 
Tahniah diucapkan kepada dua orang tenaga pengajar pakar dari ADTEC JTM Kampus Tangkak yang telah dijemput bagi menyumbang kepakaran dalam Mesyuarat Kerja Pembangunan Modul Kursus Profesionalisme Pengajar TVET di CIAST Shah Alam.
 
Sumbangan ini memfokuskan kepada penghasilan Pembangunan Pelan Latihan (Training Roadmap) Skim DV bagi penyediaan Panduan dan Modul Kursus Profesional Pengajar TVET (PPTVET).
 
Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah dirakamkan kepada Ts. Hj. Zamry bin Hj. Zakaria dan En. Mohd Afizalamri bin Mohd Asrab di atas komitmen serta penglibatan aktif sepanjang bengkel ini berlangsung.
 
Penglibatan ini membuktikan warga kerja ADTEC Tangkak sentiasa menjadi rujukan dalam memperkasakan kualiti latihan dan profesionalisme tenaga pengajar TVET di peringkat kebangsaan. Semoga modul yang dibangunkan ini memberi impak besar kepada ekosistem TVET negara!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles