Sukacita dimaklumkan bahawa ADTEC JTM KampusTangkak telah menerima kelulusan rasmi bagi pelaksanaan Solat Jumaat di Surau Al-Jazari berkuat kuasa mulai 13 Februari 2026.
“Hadirnya Jumaat membawa rahmat,
Menyatukan hati dalam saf yang rapat.
Di bawah kubah Al-Jazari kita bersujud,
Menzahirkan syukur kepada Yang Maha Wujud.”
Sehubungan dengan itu, kami dengan rendah hati menjemput seluruh komuniti setempat dan penduduk berhampiran untuk hadir mengimarahkan rumah Allah ini. Marilah kita jadikan momentum ini sebagai titik tautan ukhuwah, membasahi jiwa dengan zikir, dan mengangkat doa di hari yang penuh kemuliaan.
Semoga langkah kaki tuan-tuan ke surau kami dicatat sebagai amal soleh yang memperberat timbangan di akhirat kelak.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
