24 April 2026 - ADTEC JTM Kampus Tangkak telah menerima Lawatan Penentusahan Pentauliahan Program Latihan Kemahiran Berasaskan Kod Amalan Pentauliahan Program TVET (Code Of Practice For TVET Programme Accreditation - COPTPA) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi bidang Pengurusan Fabrikasi Struktur (Minyak, Gas & Petrokimia) (OG-011-4:2012).
Pentauliahan ini telah mendapat kelulusan penuh dari pihak JPK dan telah lulus dengan jayanya seterusnya melayakkan Pertauliahan Program Diploma Fabrikasi Logam Minyak dan Gas dilaksanakan di kampus Tangkak yang membuka peluang kepada pelajar untuk sambung pengajian ke peringkat diploma secara terus dalam bidang yang sama.
Sesi ini telah dilaksanakan oleh 3 orang panel penilai iaitu:
1. En. Mohd Saari Bin Che Awang [019-6014933] - Panel
2. En. Zolkafli Bin Ismail [0193156444] - Panel
3. Pn. Nor Azizi Binti Abdullah [0177626019] – Pengerusi (JPK)
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan pengajar serta semua pelajar yang telah bertungkus-lumus kearah pencapaian ini.
Kejayaan ini juga menjadi tanggungjawab dan amanah baharu untuk kita terus kekalkan kualiti dan kecemerlangan program.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
