Accessibility Tools

Memperkasa Kolaborasi Strategik: Majlis Menandatangani Surat Niat (LOI) ADTEC Tangkak & OMADA TP-LINK

Kuala Lumpur, 26 Ogos 2026 – Satu langkah signifikan ke arah pemerkasaan modal insan telah dimeterai pada hari ini. ADTEC JTM Kampus Tangkak dengan bangganya mengumumkan jalinan kerjasama strategik bersama Syarikat OMADA TP-Link melalui pemeteraian Surat Niat (Letter of Intent – LOI) di TP-Link Distribution Malaysia Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
 
Sinergi ini bertujuan untuk memperkukuh jaringan industri-akademik, khususnya dalam membuka lebih banyak peluang Latihan Industri serta merintis laluan Pembangunan Kerjaya yang cemerlang buat para graduan kami selari dengan keperluan industri semasa.
 
Terima kasih kepada pihak OMADA TP-Link atas komitmen dan kepercayaan yang diberikan.
 
Semoga usaha sama ini menjadi titik tolak kepada kejayaan masa hadapan!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
 

Related Articles