Accessibility Tools

Lawatan Verifikasi Pegawai Pengesahan Luar (PPL) bagi Program SLDN Berinsentif 2024

9 September 2025 - Satu sesi Lawatan Verifikasi Pegawai Pengesahan Luar (PPL) ke Micron Semiconductor Sdn Bhd, Tangkak, Johor bagi program SLDN Berinsentif 2024 Bidang Pengeluaran Pemasangan Semikunduktor (EE-020-3:2013) telah dijalankan oleh Pegawai Penilai Luar (PPL) En Azam bin Awang dari Kolej Vokasional Kuala Krai dan diiringi oleh tenaga pengajar dan Pegawai Penilai dari ADTEC JTM Kampus Tangkak.
 
Sesi lawatan ini merangkumi persediaan semakan dan pengesahan portfolio calon, dokumen berkaitan dan markah akhir serta peperiksaan akhir pengetahuan bagi modul Semiconductor Product Marking. [EE-020-3:2013-C07]
 
17 orang Perantis Micron Semiconductor Sdn Bhd telah mengikuti program ini yang telah dijalankan bermula 1 September 2024 hingga 27 Ogos 2025 yang merupakan Kumpulan kedua dari syarikat ini yang telah menjalani latihan di ADTEC JTM Kampus Tangkak bagi program SLDN Ini.
 
Tahniah dan Syabas buat 17 orang perantis Syarikat Micron Semiconductor Sdn Bhd yang telah di sahkan trampil Pegawai-Pegawai Penilai pada sesi ini.
 
Semoga kerjasama erat diantara ADTEC JTM Kampus Tangkak dan Micron Semiconductor Sdn Bhd sentiasa berterusan bagi kelestarian TVET terus dikembangkan.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles