Accessibility Tools

Program Pemantapan Pasukan Dinamik 2025

3-4 September 2025 - Program Pemantapan Pasukan Dinamik 2025, ADTEC JTM Kampus Tangkak telah dilaksanakan dengan jayanya melibatkan 42 orang kakitangan di Anjung Janda Resort, Janda Baik, Pahang.
 
Melalui pelbagai aktiviti interaktif seperti latihan dalam kumpulan, aktiviti luar yang mencabar minda dan fizikal, serta sesi perkongsian motivasi bersama fasilitator berpengalaman, para peserta didedahkan dengan nilai-nilai utama seperti komunikasi berkesan, penyelesaian masalah, daya tahan, dan semangat berpasukan.
 
Penganjuran Program Pemantapan Pasukan Dinamik 2025 diharapkan dapat melahirkan pasukan yang lebih proaktif, bersinergi dan bersedia menghadapi sebarang cabaran ke arah pencapaian kecemerlangan bersama.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles