Accessibility Tools

Program Keagamaan: Solat Reboot (Lafaz Solat Fardu Dan Takbirtulihram)

28 April 2026 - Alhamdulillah, Program Solat Reboot telah berjaya dilaksanakan dengan penuh penghayatan dan semangat daripada para pelajar ADTEC JTM Kampus Tangkak.
Fokus sesi kali ini, para pelajar diberi penekanan khusus dalam membaiki bacaan lafaz solat fardu secara berseorangan, imam dan makmum serta takbiratul ihram.
 
Selain itu, para pelajar turut didedahkan dengan kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan ketika lafaz solat dan takbiratul ihram ketika solat, di samping bimbingan tentang cara bacaan yang tepat dan sempurna mengikut kaedah yang betul.
 
Mudah-mudahan usaha kecil ini menjadi asbab kepada solat yang lebih sempurna dan diterima oleh Allah SWT.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles