Persiapan rapi dan gotong-royong sedang giat dijalankan di sekitar kampus sempena menyertai Pertandingan Keceriaan Kemerdekaan Peringkat Daerah Tangkak, bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan yang ke-69.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih ditujukan kepada seluruh keluarga besar ADTEC Tangkak yang telah bertungkus-lumus dan memberikan komitmen penuh dalam merealisasikan dekorasi kemerdekaan ini.
Penghargaan khusus buat:
• Tuan Ahmad Jefri bin Sabri, Pengarah ADTEC JTM Kampus Tangkak
• Timbalan Pengarah Pengurusan Operasi & Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan
• Barisan Kakitangan Pentadbiran
• Kakitangan Bengkel Teknologi Mekatronik, Polimer & Fabrikasi Logam
• Para Pelajar yang berdedikasi
• Kontraktor Landskap Kampus
Gabungan tenaga dan kerjasama utuh ini membuktikan semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan warga ADTEC Tangkak. Semoga usaha padu ini membuahkan hasil yang cemerlang. Merdeka!
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
