ADTEC JTM Kampus Tangkak berpeluang menyertai Karnival Dinamika Akademik SMK Dato' Bentara Dalam melalui Pameran Promosi TVET.
Tarikh: 27 Ogos 2026( Khamis)
Tempat: Dewan Seri Bentara, SMK Dato' Bentara Dalam, Segamat, Johor
Pameran ini menjadi platform untuk memperkenalkan dunia Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada para pelajar, khususnya berkaitan peluang melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran, latihan secara hands-on serta laluan kerjaya dalam industri.Pegawai yang hadir bertugas adalah En Mohd Rafizi bin Yasabah dan En Johari Bin Abdul Hamid.
Turut berlangsung sesi perkongsian dan interaksi bersama pelajar serta pengunjung daripada sekolah-sekolah sekitar Daerah Segamat bagi memberi pendedahan lebih dekat tentang program-program latihan yang ditawarkan di ADTEC JTM Kampus Tangkak.
Terima kasih kepada pihak SMK Dato' Bentara Dalam atas jemputan dan layanan yang diberikan sepanjang program berlangsung. Semoga usaha ini membuka lebih banyak peluang kepada generasi muda untuk meneroka bakat, membina kemahiran dan mencipta masa depan melalui TVET.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
JTM Mekar Di Hatiku 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
