11-12 Februari 2026 - Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja dan para peserta ADTEC JTM Kampus Tangkak atas kejayaan luar biasa di pertandingan CITEC 2026 di ADTEC JTM Kampus Taiping.
Melalui komitmen tinggi dan budaya inovasi yang mampan, ADTEC Tangkak telah berjaya membawa pulang sebanyak 13 pingat keseluruhan merangkumi kategori Germanium dan Titanium.
Berikut adalah perincian kejayaan mengikut kategori:
1. Kategori Germanium (7 Pingat)
Platinum:
• Inovasi Katil Pesakit OKU dan Stroke dengan Pengesan Sawan Berteknologi AI.
Emas:
• Balitong Siput Sedut Cutter.
• 3P1A For Edu Automation.
Perak:
• Go Green Smart Jig.
• Solarbreeze: Sistem Pengudaraan dan Penyejukan Atas Siling Kediaman dengan Sistem IoT.
• Edu PLC Training Kit for Industrial Automation.
Gangsa:
• Smart Welding Inspection (AI Welding Inspector System).
2. Kategori Titanium (6 Pingat)
Perak:
• FITPRO Calibration Fixture.
• RC Detector PH.
• Smart Scarecrow.
Gangsa:
• Agrotech Smart Plant.
• Insert Trap Solar Acuaponic System.
• Portable Spot Welder.
Pencapaian luar biasa ini melambangkan keunggulan strategik ADTEC JTM Kampus Tangkak dalam memacu sempadan inovasi, sekali gus mengukuhkan kedudukan TVET sebagai peneraju utama dalam memartabatkan teknologi negara.
Syabas kepada semua pemenang!
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”

