13 Februari 2026 - ADTEC JTM Kampus Tangkak melakar sejarah baharu dengan pengisytiharan rasmi Surau Al-Jazari sebagai premis pelaksanaan Solat Jumaat. Syukur ke hadrat Ilahi, ibadah Solat Jumaat pertama telah selamat dilaksanakan dengan jayanya, sekali gus memudahkan urusan para pelajar, warga kerja kampus dan komuniti berhampiran.
Pengisytiharan ini telah disempurnakan secara rasmi oleh As-Syeikh Haji Khairudin bin Salimin, Kadi Daerah Tangkak seterusnya mengimamkan solat jumaat pertama di Surau Al-Jazari, ADTEC JTM Kampus Tangkak. Turut diiringi bersama Ustaz Mohamad Idham Aszry Abu Bakar, Pegawai Pentafsir Al Quran Daerah Tangkak dan Ustaz Abdul Rauf Bin Mohd Hairani, Penggerak Masjid Dan Surau Dun Gambir.
Semoga kemudahan ini dapat memperkasakan lagi ukhuwah dan syiar Islam di kalangan warga kampus.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
