13 Februari 2026 - Program Budaya Al-Quran diteruskan lagi bagi siri kali ini dengan penglibatan aktif pelajar daripada jurusan Teknologi CADD Mekanikal.
Program ini bertujuan membudayakan amalan membaca Al-Quran serta meningkatkan kefahaman terhadap mesej Al-Quran dalam kalangan pelajar, khususnya balasan syurga bagi orang yang beriman, kisah penciptaan Nabi Adam, turunnya Nabi Adam ke Bumi dan seruan Bani Israil agar mengingati nikmat Allah seperti yang terkandung dalam ayat-ayat tersebut.
Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan secara berterusan bagi membentuk pelajar yang seimbang dari segi ilmu, kemahiran dan sahsiah.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
