Accessibility Tools

Penyertaan Program Jelajah Changemaker Malaysia

24 Mei 2026 - Seramai 4 orang Pelajar ADTEC JTM Kampus Tangkak iaitu Saudara Muhammad Arifhaidil bin Ariffin dari Bengkel Mekatronik, Saudara Syah Danish Muhammad Rizaki bin Abdullah dari Bengkel Fabrikasi Logam saudara Muhammad Syahmi bin Saiful Bahri dari Bengkel Mekatronik dan Saudara Muhammad Afiq Najmuddin bin Mohd Azran dari Bengkel Fabrikasi Logam diiringi Puan Noorashikin binti Saari Pegawai Psikologi ADTEC JTM Kampus Tangkak telah menyertai Program Jelajah Changemaker Malaysia yang telah berlangsung di IKTBN Pagoh.
 
Sebanyak 8 institusi TVET dan sekolah telah menyertai program yang sangat bermanfaat terutamanya kepada pelajar kerana ia memberi pendedahan kepada kemahiran pengurusan projek (project management) serta sesi literasi kewangan yang disampaikan oleh CTOS.
 
Selain itu, Pelajar juga diberikan peluang untuk memberi dan membentangkan idea membangunkan belia dalam komuniti setempat. Mereka juga dapat membina jaringan (networking) bersama peserta daripada pelbagai institusi, yang boleh memberi nilai tambah kepada perkembangan akademik dan kerjaya mereka pada masa akan datang.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles