19 – 20 Mei 2026 Satu anjakan paradigma dalam mempersiapkan tenaga kerja kaliber tinggi telah berjaya direalisasikan! Pihak kami menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En. Mohd Rahman Bin Selamat dari Alaf Atmen Enterprise atas perkongsian kepakaran, visi, dan evolusi teknologi terkini yang amat bernilai.
Sesi pemindahan ilmu (knowledge transfer) yang berlangsung selama dua hari ini telah memberi impak besar dan membuka horizon baharu buat para pelajar daripada bidang strategik berikut:
• Sesi 1: Teknologi Kimpalan Arka Logam || Teknologi Polimer (Plastik) || Teknologi Pembuatan
• Sesi 2: Teknologi Kimpalan Fabrikasi Struktur Logam (Oil & Gas) || Teknologi Mekatronik
Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh jawatankuasa serta para pelajar yang telah menunjukkan komitmen jitu. Semoga pengiktirafan dan ilmu yang ditimba menjadi batu loncatan utama dalam mencetak graduan TVET yang kompeten, dinamik, dan bersedia mendepani cabaran industri global
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
