13 Mei 2026 || ADTEC JTM Kampus Tangkak telah menerima lawatan rasmi daripada Akademi Bateriku, di bawah naungan Bateriku.com Sdn. Bhd., bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam bidang latihan industri, pembangunan kemahiran dan penempatan kerjaya pelajar.
Lawatan ini turut menjadi platform perkongsian antara pihak institusi dan industri dalam meneroka peluang kerjasama yang dapat memberi nilai tambah kepada pelajar, khususnya lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
Antara perkara yang dibincangkan:
• Potensi pembukaan kedai atau Pitstop Bateriku di dalam premis institusi
• Peluang pekerjaan kepada pelajar lepasan SKM
• Kerjasama melalui program latihan kemahiran yang berorientasikan keperluan industri semasa.
Semoga lawatan ini menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat antara ADTEC JTM Kampus Tangkak dan Akademi Bateriku, sekali gus memberi manfaat kepada para pelajar serta menyokong pembangunan tenaga kerja mahir negara.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
