6 Mei 2026 - Minggu pertama pertandingan Talentime telah membuka tirai dengan penganjuran Pertandingan Deklamasi Sajak dan Lantunan Suara Emas Pengacaraan Majlis. Program ini telah mendapat penyertaan aktif daripada para pelajar bengkel yang terpilih, sekali gus menyerlahkan potensi dan bakat terpendam dalam kalangan warga kampus.
Penganjuran pertandingan ini bertujuan untuk mengembangkan bakat pelajar secara holistik, di samping melahirkan pelapis baharu yang berpotensi dalam bidang seni persembahan dan pengacaraan. Inisiatif ini juga diharapkan dapat menyemarakkan lagi suasana kehidupan pelajar di Kampus Tangkak dengan aktiviti yang berimpak positif dan berdaya saing.
Teruskan sokongan anda untuk minggu-minggu seterusnya!
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
