Suntikan Semangat Kepada Calon SPM 2026
22 Mei 2026 - Unit Pengurusan Psikologi ADTEC JTM Kampus Tangkak bersama 4 orang fasilitator telah turun padang bagi menyempurnakan jemputan Ceramah Motivasi Pelajar SPM Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud Iskandar yang dilaksanakan di Dewan Kemas Sagil, Tangkak.
Seronok melihat semangat yang ditunjukkan oleh 154 orang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2026 tidak lama lagi!
Dalam slot utama, para pelajar telah didedahkan dengan strategi belajar yang luar biasa iaitu "Kaedah Blurting" — satu teknik latih tubi memori yang sangat berkesan untuk skor subjek-subjek kritikal. Pengisian hebat ini telah disampaikan sendiri oleh Puan Noorashikin binti Saari, Kaunselor Berdaftar Kampus Tangkak.
Terima kasih pihak sekolah atas jemputan dan layanan yang baik.
Kepada adik-adik calon SPM 2026, jom kita aplikasikan Kaedah Blurting ini dalam rujukan harian. Slot dah tamat, tapi perjuangan anda baru sahaja bermula!
Do your best!
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
