Accessibility Tools

Program Ritma Harmoni

22 Mei 2026 - Unit Pengurusan Psikologi ADTEC JTM Kampus Tangkak telah bekerjasama menjayakan program intervensi khas yang melibatkan para pelajar dari Bengkel CADD Mekanikal.
 
Program yang dinamakan Ritma Harmoni: Jenayah Sivil ini merupakan satu inisiatif murni hasil kerjasama strategik bersama pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Tangkak.
Para pelajar telah diiringi dan dibimbing sepenuhnya oleh Puan Noorashikin binti Saari (Kaunselor Berdaftar ADTEC JTM Kampus Tangkak) sepanjang program berlangsung.
 
Objektif & Pengisian Program:
1. Intervensi Jenayah Sivil: Memberikan pendedahan dan kesedaran awal kepada para pelajar mengenai impak serta perundangan berkaitan jenayah sivil dalam kalangan remaja dan belia.
2. Kesedaran Kesihatan Mental: Membantu pelajar memahami kepentingan menjaga kestabilan emosi dan mental, serta menyediakan platform sokongan (intervensi) yang betul jika berdepan dengan tekanan.
3. Pembentukan Sahsiah: Melahirkan modal insan yang bukan sahaja mahir dalam bidang teknikal (TVET), malah mempunyai jati diri yang utuh dan bebas daripada salah laku sosial.
 
Kerjasama erat antara ADTEC Kampus Tangkak dan JKM Daerah Tangkak ini diharapkan dapat memberikan impak positif yang mendalam kepada para pelajar, sekali gus menyuntik kesedaran untuk terus mengamalkan gaya hidup yang sihat, harmoni, dan bertanggungjawab.
 
Terima kasih diucapkan kepada JKM Daerah Tangkak atas kesudian berkongsi ilmu dan menerima kunjungan delegasi kami.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles