Accessibility Tools

Tahniah Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025

Melangkah Bersama Kecemerlangan & Integriti.
 
Seluruh warga ADTEC JTM Kampus Tangkak dengan penuh rasa bangga merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada enam (6) kakitangan yang telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2025.
 
Pengiktirafan ini adalah bukti nyata atas komitmen tidak berbelah bahagi, dedikasi tinggi, serta mutu kerja luar biasa yang telah disumbangkan sepanjang tahun dalam memikul amanah dan tanggungjawab.
 
Senarai Penerima APC 2025:
• Ts. Wan Noor Azrina binti Wan Azhari (DV10)
• En. Mohd Afizalamri bin Mohd Asrab (DV6 (KC))
• En. Mohd Nazri bin A Bakar (DV6 (KC))
• Pn. Sahzaiha binti Sahrom (DV6 (KC))
• Pn. Zahariah binti Mansor (DV5)
• Cik Nor Laila binti Selamat (N2 (TBK1))
 
Syabas diucapkan! Semoga pengiktirafan ini menjadi pemacu semangat dan inspirasi kepada seluruh warga kerja untuk terus memacu budaya kerja berprestasi tinggi, berintegriti, dan cemerlang demi melonjakkan nama organisasi serta mutu penyampaian perkhidmatan awam.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles