21 Mei 2026 - Majlis Perwakilan Pelajar ADTEC JTM Kampus Tangkak telah menganjurkan Program Bacaan Yassin sebagai salah satu pengisian kerohanian bagi warga pelajar kampus. Program ini telah berlangsung dalam suasana yang tertib dan penuh penghayatan.
Bacaan Yassin telah diketuai oleh MUHAMMAD HAZIQ BIN AHMAD ZAKI dengan kerjasama serta penglibatan para pelajar yang hadir sepanjang program berlangsung. Penganjuran program ini bertujuan untuk memperkukuhkan nilai-nilai kerohanian, memupuk semangat perpaduan serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar terhadap kepentingan penghayatan amalan keagamaan.
Diharapkan agar program seperti ini dapat memberikan manfaat kepada seluruh pelajar, khususnya dalam membentuk sahsiah diri yang berakhlak mulia, meningkatkan semangat kebersamaan serta melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek akademik dan kerohanian.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
