Accessibility Tools

Tarikh-Tarikh Penting Proses Permohonan UP-TVET

PERHATIAN CALON PERMOHONAN ADTEC JTM KAMPUS TANGKAK
 
Semua calon yang membuat permohonan kemasukan ke ADTEC JTM Kampus Tangkak diminta untuk sentiasa cakna dan mengambil perhatian terhadap tarikh-tarikh penting berikut bagi memastikan proses permohonan berjalan lancar:
  1. Tarikh Permohonan
  • 01 April 2026 – 01 Mei 2026
  • Calon hendaklah memastikan permohonan dibuat dalam tempoh yang ditetapkan melalui portal rasmi TVET.
  1. Tarikh Tawaran
  • 11 Mei 2026 – 22 Mei 2026
  • Calon disarankan menyemak status permohonan melalui sistem rasmi up_tvet bagi mengetahui keputusan tawaran kemasukan.
  1. Tarikh Terima Tawaran
  • 25 Mei 2026 – 07 Jun 2026
  • Calon yang berjaya wajib membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh yang diberikan. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan tawaran terbatal secara automatik.
  1. Tarikh Rayuan
  • 08 Jun 2026
 
Bagi calon yang tidak berjaya, permohonan rayuan boleh dibuat pada tarikh yang telah ditetapkan.
 
Calon juga digalakkan untuk sentiasa menyemak emel, portal rasmi TVET dan nombor telefon yang didaftarkan bagi mengelakkan sebarang maklumat penting terlepas pandang.

Jom bina masa depan bersama ADTEC JTM Kampus Tangkak!

 
“Pilihan Pintar • KerjayaGemilang”
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles