Accessibility Tools

Sambutan Maulidur Rasul 1448H / 2026M Peringkat ADTEC JTM Kampus Tangkak

28 Ogos 2026 - Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, ADTEC JTM Kampus Tangkak telah berjaya menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kampus bagi tahun 1448H/2026M dengan penuh gilang-gemilang dan harmoni.
 
Bertepatan dengan objektif untuk menyemai kecintaan dan memupuk ukhuwah dalam kalangan warga kerja serta para pelajar, sambutan pada tahun ini telah diserikan dengan pelbagai pengisian rohani dan aktiviti yang bermanfaat.
 
Antara sorotan utama majlis pada hari ini termasuklah:
• Perarakan Maulidur Rasul warga kampus.
• Penjurian Sepanduk yang menampilkan kreativiti dan semangat berpasukan.
• Persembahan Qasidah & Nasyid yang disulami dengan selawat ke atas Baginda SAW.
• Ceramah Khas Maulidur Rasul
• Penyampaian Hadiah Pertandingan & Cenderahati
 
Pihak pengurusan ADTEC Tangkak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ustaz Mohd Zulikram Amry Bin Ghazali dari Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim atas kesudian hadir menyampaikan ceramah yang sarat dengan teladan dan pengajaran buat panduan kita bersama.
 
Semoga penganjuran majlis seumpama ini dapat terus menyuntik semangat seluruh warga ADTEC Tangkak untuk mencontohi akhlak mulia, integriti, dan kepimpinan terpuji Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian dan tugasan rasmi.
 
Terima kasih kepada semua jawatankuasa penganjur dan warga kampus yang telah memberikan komitmen cemerlang dalam menjayakan majlis ini!
 
"Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW"
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles