Accessibility Tools

Penyerahan Sumbangan Sinar Santun ADTEC JTM Kampus Tangkak

15 Julai 2026 - Sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral, pihak pengurusan ADTEC JTM Kampus Tangkak telah menyantuni para pelajar kami menerusi inisiatif Sumbangan Sinar Santun yang disampaikan oleh Ts. Nor Azlina Binti Ismail, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan.
 
Inisiatif ini digerakkan bagi meringankan beban serta memberi sokongan kepada para pelajar yang sedang diuji dengan kehilangan ahli keluarga tersayang dan insiden luar jangka semasa latihan.
 
Ujian Kehilangan Bapa (Meninggal Dunia)
• Muhammad Hafizullah Bin Mohamad Saidi – Pelajar Diploma Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak & Gas)
• Ahmad Muzakir Bin Kamarul’Azman – Pelajar Teknologi Kimpalan
Ujian Kemalangan Semasa Latihan
• Nur Athirah Hairani Binti Rohaizam - Pelajar Teknologi Polimer
 
Seluruh warga kerja dan pengurusan ADTEC JTM Kampus Tangkak merakamkan ucapan takziah dan mendoakan agar kesemua pelajar yang terlibat dikurniakan ketabahan serta kecekalan jiwa dalam mendepani ujian ini.
 
Semoga sumbangan yang dihulurkan ini sedikit sebanyak dapat memberi sinar semangat dan meringankan urusan mereka.
 
Di ADTEC Tangkak, Kami Mendidik dengan Hati, Mendoakan Kesejahteraan Tanpa Henti.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles