23-25 Jun 2026 - Komitmen kami dalam mempertingkatkan bakat dalaman diteruskan lagi menerusi Kursus Wireless Networking Administration. Sesi kali ini mempertemukan interaksi strategik seramai 10 orang peserta, yang terdiri daripada 8 warga kerja Tangkak (Unit IT, Mekatronik & Unit) dan 2 warga kerja Selandar.
Pelaksanaan program latihan strategik ini berteraskan beberapa objektif utama organisasi:
• Peningkatan Kompetensi Teknikal: Memantapkan kemahiran praktikal dalam konfigurasi wireless access point, pengukuhan keselamatan rangkaian, serta keupayaan penyelesaian masalah (troubleshooting) yang efektif.
• Melonjakkan Efisiensi Organisasi: Memastikan pengurusan dan tadbir urus rangkaian dalaman beroperasi pada tahap optimum, stabil, dan selamat.
• Penjajaran Standard Industri: Memenuhi permintaan industri semasa terhadap infrastruktur rangkaian tanpa wayar yang berintegriti tinggi.
• Kepatuhan Silibus & Pensijilan: Menyelaraskan kualiti latihan dengan silibus modul Wireless Technology (COPTPA) demi memenuhi keperluan pensijilan kemahiran yang diiktiraf.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta! Semoga ilmu yang ditimba dapat diarihkan semula demi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan pengurusan teknologi organisasi.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
