16 Jun 2026 - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ADTEC JTM Kampus Tangkak telah menganjurkan Program Bacaan Doa Akhir Tahun 1447H dan Doa Awal Tahun 1448H pada malam 1 Muharam sebagai pengisian rohani dan tanda kesyukuran kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan.
Program dimulakan dengan kehadiran para pelajar dan penghuni kuarters berkumpul di Surau ADTEC JTM Kampus Tangkak pada jam 7.10 malam. Majlis diteruskan dengan Bacaan Doa Akhir Tahun 1447H yang dipimpin oleh Ustaz Muhammad Syafiq bin Wagimi, diikuti dengan Solat Maghrib secara berjemaah.
Selepas itu, majlis diteruskan dengan Bacaan Doa Awal Tahun 1448H sebagai tanda permulaan tahun baharu Hijrah yang penuh keberkatan dan pengharapan kepada rahmat Allah SWT.
Bagi menyemarakkan lagi suasana kerohanian, program diteruskan dengan Bacaan Surah Al-Mulk, Bacaan Surah Yaasin, tahlil serta doa selamat yang dipimpin oleh Saudara Muhammad Haziq bin Ahmad Zaki dan Saudara Rukhnuddin Bin Yuslan .Semua peserta memberikan komitmen yang baik sepanjang program berlangsung dalam suasana yang penuh khusyuk dan harmoni.
Semoga penganjuran program ini dapat memperkukuhkan penghayatan Islam dalam kalangan pelajar, menyuburkan budaya berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT, serta menjadi titik permulaan yang baik untuk melangkah ke tahun 1448H dengan semangat baharu, keazaman yang tinggi dan sahsiah yang lebih cemerlang dan strategik ini. Semoga usaha murni ini membuahkan hasil yang impak tinggi!
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
