15 Julai 2026 – Jawatankuasa Promosi ADTEC JTM Kampus Tangkak terus cemerlang merealisasikan mandatnya melalui penglibatan aktif dalam aktiviti promosi di Karnival Pendidikan Kerjaya Murid (Sukses 5.0) Peringkat Negeri Melaka yang bertempat di ADTEC JTM Kampus Selandar.
Penyertaan proaktif ini mencerminkan komitmen berterusan institusi dalam memperkasakan agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pilihan kerjaya perdana, selaras dengan hasrat untuk melahirkan modal insan berkemahiran tinggi yang bakal memacu industri negara.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
