Accessibility Tools

Sekitar Pameran Pendidikan Karnival Tangkas SMK Gemereh 2026

2 Julai 2026 || ADTEC JTM Kampus Tangkak amat berbangga dapat bersama-sama menjayakan Pameran Pendidikan sempena Karnival Tangkas, SMK Gemereh bagi tahun 2026 yang telah dilaksanakan di Dewan Seri Gemereh, SMK Gemereh, Segamat.
 
Misi utama kami adalah untuk mendekati bakal pelapis negara dan menyebarluas potensi besar bidang kemahiran.
 
Terima kasih kami ucapkan kepada barisan pegawai yang bertugas, En. Noor Hadi bin Misran dan En. Azman bin Shamsuddin. Usaha proaktif anda berdua dalam menyantuni para pelajar serta memberikan pendedahan bermakna tentang kepentingan TVET dan laluan pengajian di ADTEC Tangkak amatlah dihargai.
 
Semoga usaha ini menjadi titik tolak kepada para pelajar untuk berani melangkah jauh dalam bidang kemahiran teknikal dan vokasional. Masa depan anda bermula di sini!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles