Accessibility Tools

Memacu Agenda TVET: Sesi Interaksi Dinamik Bersama Pengarah ADTEC JTM Kampus Tangkak

18 Jun 2026 — Satu pertemuan strategik melalui Perhimpunan Pelajar Bersama Pengarah ADTEC JTM Kampus Tangkak telah berlangsung dengan jayanya hari ini. Sesi ini berfungsi sebagai platform penting dalam menyuntik aspirasi baharu, menyelaraskan visi institusi, serta memperkukuh komitmen terhadap kecemerlangan pelajar.
 
Majlis turut diserikan dengan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang Karnival Sukan Dalaman Pelajar dan Pertandingan Talentime: Mencari Bakat Emas Pelajar sebagai simbolik meraikan dan mencungkil Bakat & Potensi Pelajar Bagi menyuburkan potensi holistik pelajar,
 
Pengisian aktiviti luar kuliah sebegini membuktikan komitmen ADTEC Tangkak dalam melahirkan modal insan yang seimbang dari segi akademik, kepimpinan, dan sahsiah.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan atas penganjuran sesi yang penuh impak ini.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles