25 Jun 2026 - Satu sesi perbincangan kolaborasi strategik telah diadakan antara ADTEC JTM Kampus Tangkak dan Akademi Bateriku dalam usaha memacu kecemerlangan industri automotif negara.
Pertemuan ini memfokuskan kepada beberapa agenda utama demi manfaat bersama dan pembangunan modal insan:
• Perkongsian Kepakaran & Teknologi: Penganjuran seminar serta ceramah teknikal dalam bidang Automotif bagi memperkayakan ilmu pengetahuan para staf dan pelajar.
• Pengoptimuman Fasiliti: Hubungan sinergi dalam memanfaatkan kemudahan latihan canggih di ADTEC Tangkak berasaskan kadar yang dipersetujui bersama.
• Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR): Pelaksanaan program khidmat komuniti secara bersama bagi memberi impak positif kepada masyarakat setempat.
• Kebolehpasaran Graduan: Membuka ruang dan peluang kerjaya yang luas bagi para graduan di dalam rangkaian industri meluas Akademi Bateriku.
Sebagai langkah pertama dalam merealisasikan visi ini, satu Surat Niat (LOI) telah ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak. Komitmen ini menandakan bermulanya fasa baharu ke arah kerjasama komprehensif yang bakal dimeterai secara rasmi kelak.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
