1 September 2026 – Dalam usaha menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan, Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) ADTEC Tangkak melalui sinergi bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah berjaya menganjurkan Program Tayangan Drama Pendek Sempena Kemerdekaan bertempat di Surau Al-Jazari.
Inisiatif ini direka bukan sekadar sebagai ruang santai dan hiburan, malah ia berfungsi sebagai platform penerapan nilai-nilai murni dan kerohanian. Menerusi naskhah yang ditayangkan, para pelajar berpeluang menghayati mesej mendalam mengenai erti sebenar kebebasan, nilai pengorbanan, semangat kebersamaan, serta peri pentingnya mengekalkan kelestarian keamanan negara.
Adalah menjadi komitmen kami di ADTEC Tangkak untuk terus menganjurkan program holistik sebegini. Kami berharap ia mampu memangkin semangat patriotisme, memperkasakan jati diri, dan melahirkan modal insan yang bukan sahaja cemerlang secara akademik, tetapi juga teguh sahsiah, niali agama dan tanggungjawab demi kemajuan masyarakat dan negara.
Terima kasih diucapkan kepada semua pelajar yang hadir memberikan sokongan!
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
